☁``、`ヽ`、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`、、ヽ`、.`ـ☁、ヽ`、、ヽ``☁、ヽ`ヽ```、☁
ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ`` `、```、☁ヽ
أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ `、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ`` `、```、
الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ ``、ヽ``、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ ヽ、、ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ`` `、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`、、ヽ
☁``、`ヽ`、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`、、ヽ`、.`ـ☁、
Basahi lidah kita dengan istighfar,perbanyakkannya seperti hujan yang membasahi bumi,yang mampu menyejukkan bumi yang kepanasan,begitulah juga dengan istighfar,hati yang tidak tenang akan menjadi tenang.

Friday, 26 October 2012

6 petua untuk sentiasa kelihatan kacak dan cantik..


Motivasi : Tips – 6 Petua Untuk Sentiasa Kacak dan Cantik.

 Pandanglah wajah-wajah bersih dan putih kanak-kanak dan bayi.
Merekalah insan yang miliki wajah yang menarik, tenang dan jernih.

Jika ditanya kepada  orang lelaki, mahukan dia kelihatan kacak, hensem dan segak? Jawapannya, sudah tentu!.
Jika ditanya kepada orang perempuan, mahukan dia kelihatan cantik, anggun dan menawan? Jawapannya, tentulah. ( Malu-malu gitu)
Semua orang,-  anda, mereka dan saya – punyai hasrat untuk memiliki muka, penampilan dan raut wajah yang menarik, mempesonakan dan sentiasa menawan. Baik dia lelaki mahupun perempuan. Sama ada muda atau berusia.
Mungkin, orang beranggapan – untuk kacak dan cantik kita perlu memiliki wajah yang tampan dan ayu  seperti selebriti-selebriti barat yang mancung hidungnya, putih melepak kulitnya dan bibir yang mengiurkan. Dan, mungkin juga terfikir perlu melakukan pembedahan kulit, pencerahan wajah dan pengubahsuaian anggota badan fizikal untuk kelihatan menarik di mata orang lain. Perlukah begitu?
Justeru, kali ini saya ingin kongsikan beberapa petua untuk mengekalkan awet muda yang mungkin jarang-jarang orang perasan dan tentu boleh jadikan ia sebagai amalan harian kita. Petua ini mungkin pernah dan biasa kita dengar, tetapi mungkin terlepas pandang atau gagal kita jelmakan dalam kehidupan seharian.
  1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.
  2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.
  3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.
  4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.
  5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. Terutamanya,  Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.
  6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin. “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokanlah akhlakku.”

Wednesday, 24 October 2012

Dialog cinta..





Boyfriend: Saya rasa kita kena break sekarang!

Girlfriend: Kenapa? Awak tak sayang kat saya dah ke?

Boyfriend: Sebab saya sayang awaklah, saya kena break dengan awak...

Girlfriend: Jadi kenapa?

Boyfriend: Tiap2 hari awak call saya, mesej saya, tanya khabar saya.. tapi awak call tak mak awak tiap2 hari?

Girlfriend: (diam...)

Boyfriend: Saya kesian dekat mak ayah awak.. saya takpela.. couple ni dosa tapi lelaki tanggung dosa dia sendiri... tapi awak tak... sebelum awak kahwin, mak & ayah awak akan tanggung dosa awak... awak tak kesian ke kat mak & ayah awak?Awak call saya tiap2 hari sedangkan saya tak menanggung awak pun kecil2 dulu... mak ayah awak yg jaga awak sampai sekarang.

Girlfriend: Hurm...

Boyfriend: Awak tunggu saya boleh? Kalau ada jodoh kita, saya akan kembali pada awak bila saya dah berjaya dan bila saya dah membentuk diri saya supaya saya layak membimbing awak dan kita boleh berpimpin tangan ke syurga Allah, InsyaAllah.

Girlfriend: Mulanya saya susah nak terima tapi saya sedar saya mesti menyayangi ibu bapa saya dulu... Terima kasih awak.

untungnya ada lelaki camni kan? ♥