☁``、`ヽ`、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`、、ヽ`、.`ـ☁、ヽ`、、ヽ``☁、ヽ`ヽ```、☁
ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ`` `、```、☁ヽ
أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ `、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ`` `、```、
الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ ``、ヽ``、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ ヽ、、ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ`` `、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`、、ヽ
☁``、`ヽ`、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`、、ヽ`、.`ـ☁、
Basahi lidah kita dengan istighfar,perbanyakkannya seperti hujan yang membasahi bumi,yang mampu menyejukkan bumi yang kepanasan,begitulah juga dengan istighfar,hati yang tidak tenang akan menjadi tenang.

Wednesday, 28 November 2012

16 PERKARA BEBASKAN AZAB NERAKA>>



1- Melazimkan lidah dengan bertahlil iaitu mengucapkan syahadah,''lailaha illallah,muhamadar rasulullah.
2- Muhasabah diri setiap hari sebelum tidur malam.
3- Membaca surah al-mulk sebelum tidur.
4- Berbuat baik kepada ibu bapa
5- Sentiasa ingat dan berzikir kepada Allah s.w.t
6- Berpuasa dibulan Ramadhan (Puasa zahir dan batin)
7- Bersegera mandi junub (mengangkat hadas besar)
8- Menunaikan haji dan umrah (Mabrur)
9- Bersedekah
10- Menjaga hubungan silaturrahim
11- Menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.
12- Berbakti kepada manusia dengan akhlak mulia
13- Takut kepada Allah s.w.t (tidak melakukan dosa kecil atau dosa besar walaupun sekali selepas
       beratubat)
14- Mereka yang kematian anak kecil sebelum baligh.
15- Mereka yang sentiasa menaruh harapan kepada Allah s.w.t dalam semua perkara kebaikan.
16- Titisan air mata yang keluar semasa solat atau diluar solat kerana takutkan Allah.

#wallahua'lam~~

>Insyaallah berguna untuk diri saya dan anda semua<

Nasihat Imam HAMBALI..



1- Dunia ini adalah tempat beramal manakala akhirat tempat menerima balsan.Sesiapa yang tidak beramal
       di sini akan menyesal di sana.

2- Kemuliaan diertikan sebagai meninggalkan perkara2 yang diingini kepada perkara yang ditakuti.

3- Diam orang berilmu kerana takut dan taqwa.Diam orang jahil kerana tidak berilmu.

4- Manusia yang berkehendakkan ilmu seumpama orang berkehendak kepada makanan dan air.

5- Berbahagialah mereka yang banyak menyebut nama Allah swt(berzikir)

6- Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.

7- Sesiapa yamg menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan.Sesiapa yang mati dalam Islam dan mengikut sunnah Rasulullah maka matinya dalam kebaikan,

8- Bertanyalah kepada ahli hadis dan jangan bertanya kepada ahli fikir kerana ahli hadis tidak bercakap
    menurut pendapat sendiri.

9- Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukannya di sisi Rasulullah.sesiapa yang
    menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya di sisi Rasulullah.

#bersama kita amati nasihat2 ini#
berbahagialah kita di dunia dan di akhirat kelak..insyaallah..

Monday, 19 November 2012

[solat 2 raka'at sebelum subuh adalah lebih baik dari dunia dan seisinya]

"DO YOU KNOW THE TOP 10 RICHEST PEOPLE ON EARTH? 

10. Mukesh Ambani- Net Worth: $27.0 Billion.
09. Eike Batista- Net Worth: $30.0 Billion.
08. Amancio Ortega- Net Worth: $31.0 Billion.

07. Lakhsmi Mittal- Net Worth: $31.1 Billion.
06. Lawrence Ellison- Net Worth: $39.5 Billion.
05. Bernard Arnault- Net Worth: $41.0 Billion.
04. Warren Buffett- Net Worth: $50.0 Billion
.
03. Bill Gates- Net Worth: $56.0 Billion.
02. Carlos Slim Helu- Net Worth: $74.0 Billion.

01. The ONE who prays two Rak'ah, before Fajr:

The Prophet (ﷺ) said: "The two Rak'ah before the Dawn (Fajr) Prayer are Better than this World and ALL it contains.''
[Sahih Muslim]" 

Monday, 12 November 2012

MARAH

Imam Asy-Syafie berkata: sesiapa yang digesa untuk MARAH namun dia tidak marah,maka dia adalah KELDAI.keldai merupakan simbol untuk kebodohan yang sangat parah.

2 pilihan-----

1) merubah kemarahan itu menjadi dendam,lalu menyimpannya di dalam hati dan menunggu saat yang tepat untuk diaktualkan.

{sikap ini menjadi pilihan bagi orang yang berjiwa kotor dan hina}

2) menyimpan kemarahan di dalam hati lalu merubahnya menjadi pembakar api semangat untuk baiki diri.Celaan memang menyakitkan,namun ia menyedarkan kita kepada kekurangan diri.

-seperti satu kisah salah seorang ulama' tersohor,sebelum beliau menjadi alim,beliau menuntut ilmu dari salah seorang guru yang sangat hebat ilmunya,disebabkan lambat cekap dalam pelajaran beliau sentiasa dimarahi oleh tok guru tersebut,baru selangkah masuk ke ruangan belajar,tok guru berkata:hey!keldai,kamu tak perlu datang belajar!..macam2 lah,,dimaki,dirotan..disebabkan itu beliau mengambil inisiatif lain dengan mencari tok guru baru,bukan kerana benci dengan tok guru tadi tapi beliau nk tunjukkan yang beliau juga mampu menjadi ulama' seperti tok guru tersebut,,beliau mengambil semangat dari celaan gurunya,,akhirnya,beliau menjadi terkenal dengan ilmu yang penuh di dada,,,-


{CELAAN SEBAGAI UBAT,PUJIAN UMPAMA RACUN}

Pujian > manis namun mengandungi racun yang merosakkan hati.
             -semakin terbiasa seseorang mendengar pujian ,semakin tertutup hatinya dengan
               kebenaran.

Celaan > pahit namun mengandungi ubat yang akan merubah hidup kita lebih sempurna.




Sunday, 11 November 2012

7 KALIMAH DIPANDANG MULIA


Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat,ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan."
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Amalkan kalimah-kalimah mudah dibawah.Insya-Allah akan dapat keredaannya dalam apa juga yang dilakukan,di mana saja dan segala situasi.

1. Mengucap Bismillah
pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah
pada setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astaghfirullah
jika lidah tersebut perkataan yang tidak patut disebut.

4. Mengucap Insya-Allah
jika merencanaka berbuat sesuatu di hari esok atau masa depan.

5. Mengucap La Haula wala kuwwata illa billah 
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun 
jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah 
sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mudah-mudahan ingat,walau lambat -lambat.Mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu.Mudah-mudahan jadi mesra,kerana sudah biasa.

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

SEJARAH DAN FADILAT AYAT KURSI





Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Saturday, 10 November 2012

Tarbiah dengan sifat REDHA..

kisah tentang as-zubair bin al-Awwam dan isteri Asma' bin Abu Bakar.mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama 'urwah.

'Urwah sejak kecil tinggal bersama adik ibunya.Aisyah iaitu isteri kesayangan Rasulullah,Jadi di situ 'Urwah banyak menimba ilimu daripada Aisya antaranya ilmu hadis,tafsir,feqah,faraid dan segala macam.Akhirnya 'Urwah tergolong antara 7 fuqaha' famous di Madinah,,

Pada suatu hari 'Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abd. Malik untuk datang ke istana beliau di Syam.
Dalam perjalanan ke sana kaki 'Urwah luka,lalu dibiarkan saje..tak lame kemudian timbul bisul lalu pecah,luka yang sungguh teruk.
sesampainya beliau di Syam Khalifah mencari tabib untuk mengubati luka tersebut,lalu tabib tersebut berkata luka ini harus dipotong,'Urwah redha..baru je tabib tu nak letak ubat bius 'Urwah berkata"aku tak nak diletakkan bius kerana aku ingin berada dalam keadaan sedar sehingga dapat mengingati Allah meskipun mengalami kepedihan yang sangat seksa.

sebelum terlupa,anaknya turut serta 'Urwah ke Syam.semasa 'Urwah dalam pengubatan beliau mendapat tahu anaknya yang ikut tadi mengalami kemalangan,ditendang oleh seekor keldai lalu meninggal.

'Urwah redha dengan pemergian anaknya lalu berkata" Ya Allah,engkau mengurniakan aku 7 orang anak ,Engkau mengambil sorang daripada mereka,masih tinggal 6.Engkau memberi ku 4 anggota,jika Engkau mengambil salah satu masih tinggal 3 yang lain.

begitulah 'Urwah yang sentiasa berbaik sangka dengan takdir Allah,Beliau menganggap ujian itu adalah muhasabah untuk diri..

p/s: kite??
      renung2 kan lah bersame..

take care cinta~~

LALAT..

Imam ahmad meriwayatkan kepada salah seorang ulama(saye terlupe name beliau) tentang seekor lalat yang menyebabkan seorang pemuda masuk neraka dan seekor lalat telah memasukkan seorang pemuda kedalam syurga.

ulama itu bertanya:Bagaimana?

Imam ahmad menjawab: pada suatu hari,2 orang pemuda telah masuk ke kawasan yahudi yang sedang menyembah berhala.2 pemuda tadi mahu pergi ke seberang tetapi tidak diizinkan oleh puak yahudi tadi.pada zaman tersebut tidak ada seorang pun boleh melintasi tempat penyembahan mereka sebelum seseorang itu meletakkan sesuatu sebagai alat untuk dipersembahkan kepada berhala mereka.seorang daripada puak yahudi berkata:wahai pemuda,kamu tidak boleh melintasi tempat ini  melainkan kamu mempersembahkan sesuatu kepada tuhan kami walaupun seekor lalat.,lalu seorang daripada pemuda tadi meletakkan seekor lalat untuk dipersembahkan.maka terlepaslah dia,Imam Ahmad berkata:maka masuk neraka lah pemuda itu.

seorang lagi pemuda ingin melintasi tempat itu tetapi tidak dibenarkan juga.puak yahudi berkata:wahai pemuda,kamu tidak boleh melintasi tempat ini  melainkan kamu mempersembahkan sesuatu kepada tuhan kami walaupun seekor lalat,lalu pemuda tersebut berkata:aku tidak akan persembahkan apa2 melainkan Tuhanku yang Maha Esa.maka dengan itu pemuda tersebut dipancung.Imam Ahmad berkata:pemuda ini dimasukkan kedalam Syurga.

demikianlah story yang buat kite terfikir,mampu ke kite buat macam pemuda kedua tu..berani kerana ALLAH..insyaallah,,(^-^)..jihad fi sabilillah..


Friday, 9 November 2012

Sebelum Aku Bernikah


Sebelum Aku Bernikah
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Sebelum Aku Bernikah, 
Telah aku lamar seorang perempuan, 
Aku kira engkau adalah dia, 
Aku berharap engkau adalah dia, 
Boleh jadi bukan, 
Boleh jadi ya, 
Kerana engkau sahaja aku cinta, 
Bukan tunangku, 
Bukan yang nanti menjadi isteriku, 
Melainkan dia adalah engkau, 
Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku..

mengisi waktu antara terbit matahari sehingga tergelincirnya

Selain daripada solat sunat dhuha,ada beberapa perkara bermanfaat yang boleh dilakukan antara waktu terbit matahari(waktu dhuha) sehingga tergelincirnya (waktu zuhur).
Antaranya:-

1) paling afdal menghabiskan waktu dengan mencari ilmu yang bermanfaat,bukan ilmu yang sia2 yang sangat diminati kebanyakan remaja kini(hiburan dan sebagainya).ilmu bermanfaat ialah ilmu yang memberi pengetahuan tentang sesuatu yang baik dan tidak melanggar syariat.

2) Usahakan diri untuk berbuat ibadat seperti berzikir,bertasbih dan membaca al-quran.Dengan cara ini,kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung,

3) Buat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang islam,menggembirakanhati orang lain atau membantu orang soleh dalam pekerjaan mereka,seperti memberi makan kepada fakir dan miskin,menziarahi orang sakit dan sebagainya.

4) Berusaha untuk menunaikan hajat sendiri dan mencapai nafkah untuk diri,keluarga ataupun mungkin juga saudara bawah tanggungan kita.Jaga perlakuan agar tudak menganggu orang lain sama ada dengan tangan ataupun lidah kita..

Wassalam..