HARGAILAH ANUGERAH-NYA
Di sebalik kelemahan kaum wanita, tersembunyi seribu satu rahsia yang Allah anugerahkan kepada makhluk ciptaan-NYA yang bertuah ini.
Anugerah itu tidak mampu diterjemah dengan kata-kata sebaliknya ia hanya mampu disingkap oleh wanita yang benar-benar melalui keperitan sebagai seorang muslimah sahaja. Mereka ini, bukan insan yang terpilih ,sebaliknya mereka ini adalah wanita yang dijanjikan kemulian dan darjat yang tinggi di sisi Allah hanya kerana kesetiaan kepada perintah sang pencipta..
Siapakah Muslimah dimaksudkan?
Muslimah tidak pernah akan sama dengan wanita, biarpun dua perkataan " Muslimah" dan " wanita" mempunyai maksud yang serupa tetapi hakikatnya ia berbeza. Dalam dunia ini bilangan wanita sentiasa melebihi mengatasi lelaki. Namun siapa sangka nisbah yang dikatakan besar itu hanya gah pada "angka" sahaja ,secara dasarnya tiada apa yang boleh dibanggakan.
Dalam Al-quran Allah mengangkat darjah wanita dengan berkali-kali menegaskan mengenai kewajipan dan kesamaan hak golongan bertuah ini. Malah terukir penuh sejarah golongan ini dalam suran " An-Nisa" yang bermaksud wanita.
Meskipun begitu, tidak ramai wanita yang menghargai pengiktirafan tertinggi oleh Allah kepada mereka sebaliknya mereka hanya lebih gemar membiarkan nilai diri yang sebenarnya terlalu berharga menjadi harga diri yang susut nilainya.
Wanita yang menghiasi dirinya dengan sifat pemalu, kesopanan budi bicara, keindahan akhlak dan mahal harga diri tidak boleh ditandingi oleh wanita lain. Mereka ini sedaya upaya melengkapi kekurangan diri dengan tuntutan agama. Mereka tidak mudah melayani segala rayuan mahupun pujian yang boleh meruntuhkan pendiriaan, tetapi terus utuh berpegang kepada prinsip agama sebagai bekalan menuntut janji dari Allah di akhirat kelak. Mereka itulah muslimah.
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan bebelan anda disini ya !