☁``、`ヽ`、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`、、ヽ`、.`ـ☁、ヽ`、、ヽ``☁、ヽ`ヽ```、☁
ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ`` `、```、☁ヽ
أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ `、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ`` `、```、
الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ أسْتَغْفِـــــــرّ الْلَّهِ ``、ヽ``、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ ヽ、、ヽ``☁、ヽ`ヽ、、ヽ`ヽ `、ヽ、 ``、ヽ`、、``、ヽ`` `、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`、、ヽ
☁``、`ヽ`、```、☁ヽ`、ヽ、ヽ`☁ヽ、、ヽ`、、ヽ`、.`ـ☁、
Basahi lidah kita dengan istighfar,perbanyakkannya seperti hujan yang membasahi bumi,yang mampu menyejukkan bumi yang kepanasan,begitulah juga dengan istighfar,hati yang tidak tenang akan menjadi tenang.

Sunday, 29 September 2013

Qasidah Ya Badrotim ( wahai purnama, wahai Nabi Muhammad)



sejuk hati dengar qasidah . rasa macam nak jadikan qasidah ni benda wajib sebelum tidur . kalau faham lagi baguih u olls . sama sama join qasidah ni naa . make it happy with ISLAM .

Thursday, 26 September 2013

BAHAYA PENERAPAN IDEOLOGI SYIAH

by : ustaz Nazmi Karim

bismillah ~

ingin aku sampaikan kat entry hari ini serba sedikit ilmu yang aku dapat time talk tentang syiah yang bertempat di dewan kulliah pusat,Universiti Sains Islam Malaysia . ( tempat aku study ) hikss , tak banyak sikit la yang aku boleh share dengan hampa . time talk tu punya la ramai hamba Allah yang join sampai aku tercampak kat tangga with my lovely roomate . semangat nak dengar punya pasaii kan , we did not care tang mana kami duduk pun, asalkan boleh dengar sudah .

okay , start nya syiah ni around bulan 3,2011 . berlakunya kebangkitan rakyat di Syria (basyar al-asad) , dan negara yang mula2 masuk campur isu Syria ni adalah Iraq . noted : syiah datang dari Iraq dan Hizbullah di Lubnan .

Apa pendapat tentang Syiah :
Dulu Syiah ni macam saudara kita .
Mereka menghalalkan darah Ahli Sunnah wal Jamaah ( astaghfirullah)
Paling penting Syiah ni lebih bahaya daripada Yahudi .

Syiah dalam berkata-kata >Para Sahabat menjadi kan Al-Quran sebagai alat untuk menjalankan niat             mereka yang kotor ( nauzubillah , para sahabat yang memang dah dijanjikan syurga pun depa anggap macam tu wehh , mintak jauh laa dari puak ni ) Nabi Ibrahim penyokong Saidina Ali (sedangkan zaman Saidina Ali , Nabi Ibrahim dah wafat , apakah ?? )Allah tak konsisten maksudnya berubah2 . ( dah memang tu sepatutnya sifat Allah kan ?? Allah yang berkuasa kat Dunia ni , hak Allah . kita sebagai hamba Nya kene patuh )
kita 4 je rukun Islam kan , mai tang depa + yang ke 5 percaya kepada Imam 12 . sahabat Nabi murtad kecuali 7 orang . solat orang Syiah 3 rakaat ,(subuh ,zuhur,maghrib) .nikah mut'ah (nikah kontrak) lebih afdhal katanya . 10 Muharram berlakunya pembunuhan Saidina Husin

katanya lagi ; imam mereka naik isra' mikraj setiap minggu sedangkan Rasulullah sekali je ( nampak tak penipuan kat situ ) Saidina Ali ,saidina Hassan ,Saidina Husin , Zainal Ali Zainal Abidin , Muhammad Hasan Al-Askari ,Fatimah Az-zahra >>>( imam 12)

noted: puak Syiah ni sangat2 membenci Saidatina Aisyah isteri Rasulullah sebab Aisyah anak Abu Bakar as-siddiq (antara sahabat yang puak ni benci termasuklah Saidina Umar Bin Al-Khatab)
                                     
Sambungan , majoriti nya Ahli Sunnah ada 4 mazhab kan .  mazhab hanafi , mazhab hanbali ,mazhab syafie , mazhab Maliki . mai tang Syiah ada 200 mazhab (minoriti) . salah satu nya kepercayaan menyembah Saidina Ali . daripada apa yang aku dengar , sebab mereka mereka Syiah ni dok pakat sembah Saidina Ali , ada story di sebalik tabir . pada zaman tu, Saidina Ali sedang berkhutbah, seorang lelaki bangun dan tangan nya terus tunjuk kearah Saidina Ali dan berkata "Anta Rabbuna !! (awak tuhan kami !) " (nauzubillah in zalik )

macam mana Syiah muncul ??
mereka mula muncul pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan . diasaskan diatas sintemen benci kepada sahabat nabi (Abdullah bin saba').Syiah benci Saidatina Aisyah ( anak Saidina Abu bakar ) , Habsah (anak   Saidina Umar ) . mereka menganggap sahabat menikahkan anak mereka dengan Rasulullah sebab nak dapatkan jawatan . Imam ke 12 , Imam Hassan Al-Askari hilang 260H dan dikatakan akan muncul pada akhir zaman ( wallahua'alam) . Syiah tidak beriman dengan Al-Quran sebalik nya puak ni mengubah Al-         quran . banyak surah2 yang mereka ubah suai . ( kita pun Nabi Muhammad dapat wahyu dari Malaikat depa senang2 je ubah suai ,nampak sangat menipu nya ) surah yang diubah dari surah Al-fatihah sampai surah al-ikhlas + surah wilayah (syiah punya kerja) . mengucap dua kalimah syahadah dengan selawat ke atas Nabi pun diubah suai . setiap nya ditambah nama Saidina Ali .

Allahu . nampak tak perjalanan karier Syiah dahulu , kini dan aku pun tak pasti sampai bila . kalau dengar live dari ustaz ni lagi buat aku seram sejuk . mohon kat U sini , jauh dari puak2 ni . ni jela kot yang dapat aku kongsi dengan hampa , ilmu tak banyak pun tapi yang ada ni aku kongsikan la .

semoga Allah kuatkan lagi Iman kita dan dijauhkan dari anasir yang boleh buat Iman kita berubah . In shaallah . jom kita sama2 doakan semoga suatu hari nanti kepimpinan Islam akan menjadi kepimpinan yang tertinggi . majulah Islam untuk Dunia !!!! allahu Akbar! kata terakhir ; tak mudah membina tamadun Islam tapi tak mustahil .

Wallahua'alam .

-Hanim-

Monday, 9 September 2013

Cinta Di Bumi USIM

allahumma salli a'ala muhammad 

alhamdulillah , setelah sekian lama tunggu bagai pungguk rindukan bulan kat rumah ( hahaha ) , at last, dapat tawaran study di USIM . 2 september 2013 bermulalah orientasi yang paling aku meluat but terpaksa u olls . but at the end,happy je sebab 3 hari je kaww . ( nasibbb

kat bumi USIM ni , peraturan dia agak ketat but it still selesakan aku dengan cara mereka kendalikan peraturan  ini . nak keluar seawal 6.30 pagi then balik selewat-lewatnya 12 tengah malam . ( okay what ) . setakat seminggu ni ke 'homesick' an tinggal di U aku belum rasa lagi and di harap nya berterusan sampai last sem ni ( clap your hand,hanim! ) . makanan okay2 la , penginapan okay2 la , kemudahan pun okay2 la . conclusion disini , USIM is not bad la . promote USIM ke ni ?? ( wakakaka

okay , apa harapan masuk sini ?? ( ehem3,test mic ) bismillah , awwalan of course tajdid niat dari awal . niat datang sini , study sini , stay sini , semuanya lillahi ta'ala . without ALLAH, i'm / we are nothing ! nothing ! . and harapan penuh menggunung setinggi-tingginya nak gembirakan mak dengan ayah , tanpa diorang aku takdak kat dunia , aku tak jumpa korang , aku tak jumpa adik beradik aku , aku tak upin dan ipin ( ekekekeke ) . dengan harapan tu la , aku bersemangat dan terus semangat nak bangun awal pegi class . aku nak tengok mak dengan ayah senyum 'lebor' sampai telinga tengok kejayaan aku nanti . bukan di dunia pastinya , wa ukhrawi juga . dulu mungkin aku tak mampu nak senyumkan dorang sebab kejayaan aku taklah seberapa okay pun , okay2 je . and dulu perangai aku yang tah ape2 dah banyak buat mak dengan ayah sedih . so,disini aku nak kumpul kejayaan demi kejayaan , bagi mak dengan ayah takdak masa nak sedih langsung , happy and senyum je . ( hehehe ) . mesti ayah bangga kan kalau baca ni . hmmmm cedihhh ( sobs sobs sobs ) .thanks a lot sayang ku ayah En Muthar Ibrahim dan sayang ku emak Shahini Binti Rahman . 

other than that , program2 kat sini jugak maybe dapat bantu aku sikit2 , program luar + program dalam . dengan kos yang aku ambik dakwah dan pengurusan Islam ,memang banyak la kan singgah tempat orang asli nuuu . aku suka u olls . dapat kekuatan and keberanian sikit nak berdepan dengan orang ramai nanti . i'm so excited! ( please pray for me )

in shaallah , aku akan cuba mencintai Bumi Usim ni macam mana aku cinta bumi kulliah dulu ( bumi barakah )

semoga di mana2 pun hampa sume berada sentiasa dalam lindungan-NYA , inshaallah . 


>hanim<

Saturday, 18 May 2013

COMPARATIVE RELIGION


Allahummasolli a'la muhammad..

assalamualaikum bakal jenazah semua ! ( termasuk ana )

For the first of all , let's keep saying Alhamdulillah and alhamdulillah . because of ALLAH we still alive and  keep showing the cuttest smile ^__^ 

hari ni dengan suka hatinya aku nak share something yang tak ramai orang ambil peduli but we have ! 
PERBANDINGAN AGAMA . nampak ringan je kann , even tak semua orang suka untuk mengambil tahu tentang agama lain ( takot sesat,kata nya ) ok,ini tak lawak .

bayangkan,BAYANG KAN ! foreigner2 yang datang negara kita dok sibuk nak tanya macam2 soklan pasai ISLAM . sebab tertarik kata nya . hampa nak jawab apa kalau satu hape tak tahu pasal kisah dalaman ISLAM . aku tahu pasal islam ini semua arif kan . tapi pasal dalaman islam, tak ramai yang nak ambik tahu . how sad ! (termasuk ana)

macam2 soklan depa tanya . antaranya -------->

Kenapa orang ISLAM cakap hindu sembah berhala tapi yang ORANG ISLAM hari-hari sembah ka'bah ?
Kenapa Nabi orang ISLAM yakni Nabi Muhammad s.a.w boleh kahwin ramai sedangkan umat nya cukup kouta sampai empat ja ? 
Kenapa bila nak cari saksi atau nak jadi saksi.. orang lelaki mesti tiga orang tak pun nak seorang lelaki then    dua perempuan ? nampak sangat kaum hawa dalam ISLAM direndahkan ? 
Kenapa kalau dalam pembahagian harta pusaka lelaki dapat 1 tapi perempuan dapat 1/2 ja ? 

contoh soklan di atas mungkin untuk foreigner yang datang malaysia just untuk mengkaji agama kita .
maybe la ada yang datang just nak melawat semata . tapi aku rasa mestilah terdetik kat hati depa antara soklan di atas kan ? yang datang nk melawat tu , mungkin lagu ni depa tanya ~

Kenapa kat negara islam banyak masjid ? . mana2 pegi mesti ada .
Kenapa kat negara islam,perempuan kebanyakan memakai kain atas kepala ? (kain kau ! tudung kot )

ha! hamek kau . kalau depa semua tanya lagu ni la kan . apa la kita semua ni nak jawab kalau ilmu ISLAM tak berapa nak arif sangat . ok, ini serius!

aku pun bukan la pandai sangat bab macam ni . tapi disebab kan keseriusan aku dalam membaca pelbagai buku atau novel yang berunsur COMPARATIVE RELIGION ni , buat aku lebih memahami pasal dalaman islam . eh! jangan ingat novel islamic pon takda pasal ni ok,ni ha aku tayang kat hampa one's of novel yang aku baca and aku beli . (satu je )

novel ni cukup , cukup awesome kau ! read this :)
ini sedih ! sampai sekarang aku dok carik tang mana novel ni menghilang . nak beli !:'(

Hampa baca la novel tu sendiri ,tak rajin aku nak menaip bagi hampa baca ( maafkan ) tapi seriously dua2 novel memang best! tak tebal mana pon . 
sikit la aku cerita , Maria dalam cerita tu , punya la dia nak jatuhkan islam . dia punya tanya paderi dia soklan2 yang boleh memeningkan orang islam nak jawab . nasib baik la Abdul wahab dalam novel ni , tahu semua pasal dalaman islam , sampai pi berdebat dengan paderi tu . aku suka bab tu ! lastly, paderi tu masuk islam begitu juga ayah si maria ni yang dulunya kuat fahaman ateis . ya Allah. yang best nya kedua2 novel di atas adalah berdasarkan kisah benar . 

Nak dipendekkan cerita , bukan aku nak cerita betapa best nya novel maria dan isabella ni , tapi betapa penting dan berasas nya pengetahuan tentang perbandingan agama pada zaman kini , lagi lagi dengan teknologi maklumat yang entah mengarut bagai . aku pon bukan nya boleh sangat , nak terikut ikut jugak . (ngehh) actually,bahaya nya teknologi sekarang , kadang kadang boleh terpesong akidah dan iman kita . allahurabbi . aku tak mau , tak mau . hampa nak ? 

oleh itu , jom lah kawan kawan kita sama2 buka novel di atas . ehh,tak! 
kita buka minda atau lebih sains nya buka otak kita ni , supaya senang untuk nak ambil tahu pasal perbandingan agama ni . untuk anak cucu cicit kita juga . mungkin ada orang yang fikir , bila nak bincang topik ni , takut2 lari akidah , takut2 iman goyah . how could sayang ? kita nak belajaq pasai ISLAm kot , apa kata kita try dengaq pasal ni lebih kepada PENGETAHUAN bukan KEAGAMAAN .

aku pernah la join brother Shah Kirit punya program( friendly comparative religion). ok,brother shah kirit ni asal nya india pastu dia masuk islam jadinya india muslim . lepas je dia masuk islam , dia sangat tertarik untuk mengkaji pasai perbandingan agama ni terutama sekali agama yang beliau pernah anuti,hindu . masa aku pi tu , ya Allah , aku respect gila2 kat beliau sebab apa hampa nak tahu . brother Shah kirit ni boleh baca kitab bible , boleh faham . kira nya bila non muslim tanya apa2 soklan yang bercanggah dengan agama depa , shah kirit dah boleh tahu tang mana muka surat bible yang berkenaan dengan soklan tersebut . respect la . suatu hari nanti aku pon macam tu keh ( uhuk uhuk ) . Brother shah kirit ni penah la buat satu event besar besaran pasai perbandingan agama ni dan majoriti yang datang adalah kaum india , dan dengan tidak menyangka dan tanpa salah sangka nya sorang daripada pendengar mengucap kalimah syahadah di depan semua orang yang hadir . Allahurabbi .dapat menarik penganut agama lain masuk islam adalah satu kebijaksanaan bagi seseorang itu even hanya seorang . alhamdulillah . ^_^

ok sayang semua , alhamdulillah untuk entry ni . aku dengan suka hati nya,memang suka bila hampa semua minat topik2 sebegini . bukan saja untuk diri kita(orang lebih respect) malah untuk agama ISLAM . yeahhh!!

jom kita sama2 mengupas , dan mengupas topik ini bersama kawan , sahabat, suami , isteri , keluarga pasal perbandingan agama ni . syok hampa tau ! refresh minda kita pasai islam dengan semolek molek nya . baru la nampak yang islam ni agama yang mudah ,senang , suci ,syumul , dan perfect ! ^_^

wassalam semua . selamat lah membaca nya .

-hanim- 

Wednesday, 6 March 2013

FAMILY DAY...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
allahumma solli a'la muhammad...

as salam sufi...lame nyee xupdate blog nie..malasss melande jiwe..,huhuu~~ ..ok,today maybe hari rajin aku kott..

  first of all,,thanks to ALLAh because of HIM kite masihh lagi boleh bernafas di muka bumi yang indahh nie..say alhamdulillah cepat!! ( alhamdulillah ) (^_^)

sufi..pade hari sabtu yang lepass aku diizinkan Allah untuk pi family day kat de rhu beach resort,kuantan,pahang,malaysia...huhuiii..


it's been a long time aku tak pi kolam and pantai...al maklumlaa kesibukan melande diri ni..last year non-stop study for STAM and this year dapat hot pengalaman menjadi ustazah ( uhuk uhuk !! ) letih kott tapi best sangatt!!

berbalik pada topik kite...family day ni terase macam kejap sangat laa...ok,aku cite ehh..dulu time kat smk tembangau,negeri sembilan our family akan bertolak pade pagi sabtu then tengah hari tu kami sampai tempat dituju..pastu adik2 bermandi-manda , petang tu ade sukaneka untuk kanak2 terrmasukla diriku (perasann!!)
pastu malam tu ade dinner then teros penyampaian hadiahh...cabutan bertuahh pulakk bukan hanye tertakhluk kepada staf guru tapi untuk sume yang hadir...wahhaa,best kan..

but , kat smk Bukit Damar nie , aturcara die macam lain pulak..pade pagi sabtu terserah kepada diri nak bertolak pkul brape then smpai pon ikotla pkul bape...then , malam tu baru ade dinner...pastu tido (ZzZzZzZz)
......esok pagi baru ade sukaneka then , penyampaian hadiahh...it's simple but best jugakk laa!!

takpe takpe..family day kali nie,aku tetap happy macam sokmo...tak kisah macam mane susunan aktiviti nyee , family aku tetap bahagie untuk family day ni...nak taww sebab pe ?? ( rahsie lahh )

by the way sufi.. banyak jugak laa picture yang aku snap ,..well!! that's my hobby ( wahhhaaa , hobi baru tuu )

ni ha....

mak ngan ayah ... ( cuwiit kan ?? ) ngee~~


ni adek bongsu aku..faridzul irfan.. nakal budak kecik ni !! huhuu~~

ahhaa~~ ni kakak zati and adik  ...
yang nun di sane tuu adik aku jugak,,faridzul iqbal..die ni senyap sangat !!
tapi anak yang mendengar kate.. (Alhamdulillah) (^_^)



wahhaa..sempat lagi ktorang menyinggah minum air kelape  at teluk cempedak...
yang penting fresh !! ^_^


ahhaa..selit la sikit pic sofea (anak sedare) rindu !!
lastly , family day kali ni tetap best !! even terase penat tak terhingge..
that's all sufi , ni jelahh cite aku untuk entry kali nie..hope dapat pi tempat2 yang laagiii best untuk kami sekeluarge,,,pape pon , best ke , enjoy ke ,bahagie ke..kite mesti berbalik pada Allah k..walaupun pon kite dah merancang untuk ape2 event sekalipon..besar or kecik..it's still bergantung pada Allah...kite hanye merancang , Allah lah yang menentukan segalenye...ALLAH IS THE BEST PLANNER.. right ?? ^_^

oke..jage diri , jage hati ,jage iman (^_^)

alhamdulillah untuk entry ni ( say alhamdulillah !! )

                                                                                                                -hanim-

Monday, 18 February 2013

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
-allahummasolli a'ala muhammad-

>>oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai ter
sebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.
"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM.]

Wallaha'lam, yg penting moral cite ni..
copyright >> jom dakwah(facebook) <<

Sunday, 17 February 2013

Siapa yang paling mencintai kita???





MENCINTAI 

Menyayangi atau mencintai itu umpama bermain piano. Pada mulanya kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. Kita terlalu asyik dibuai perasaan sehingga lupa kepada Pencipta Piano.


Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila bercinta, ia bukan 'passport' untuk difahami, tetapi untuk memahami. Ia bukan 'passport' untuk kita mengambil itu dan ini, tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar, bukan supaya kita didengari. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur, bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira-kira atau mengukur, tetapi untuk kita mencintai.

Kita tidak boleh menyuruh orang lain mencintai kita dan kita juga tidak boleh paksa diri untuk mencintai orang lain. Cinta hadir tanpa paksaan. Tidak kira masa, tempat dan siapa. Yang menggerakkan perasaan cinta ini hanyalah Allah SWT.



DICINTAI

Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kita. Dari kalangan yang kita pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari kita walau di mana sahaja kita berada.

Bintang ini amat kasih kepada kita. Kita dicintainya tetapi kita tidak perasan. Kadang-kadang kita buat tidak tahu sahaja. Mungkin orang yang bersama kita ketika ini bukanlah orang yang benar-benar sayangi kita. Terdapat orang yang  tidak dapat bersama kita ketika ini tetapi masih dan amat menyayangi kita sepenuh hatinya.

Atau kita sahaja tidak perasan keberadaannya. Ia amat dekat sekali dengan kita.

Apapun perasaan mencintai dan dicintai amat indah dan sangat seronok. Kalau mahu ia kekal lama dan diberkati oleh Allah, jangan sia-siakan perasaan itu. Pilihlah cinta yang pasti. Bukan cinta yang tidak pasti. Kelak diri yang merana kerana cinta yang tidak berbalas. Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak berbalas.

Tidakkah sia-sia?


CINTA YANG TIDAK PASTI - Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
 




CINTA YANG PASTI HANYALAH ALLAH - Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” 

Cubalah fikirkan.

Siapa yang paling mencintai kita?
Siapakah yang kita sia-siakan selama ini?


Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, "Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

ulasan>>

Seorang lelaki yang benar-benar mencintai,

Tak akan mahu walau sebesar kuman sekalipun bahaya akan menimpa kekasihnya.


Tak akan sanggup melukakan !!!


♥ Bukan hanya di dunia bahkan jua di Hari Akhirat sana ♥


Dengan cara yang bagaimana wahai kaum Adam sekalian ???

Bukan dengan hanya berpegangan tangan setiap masa...

Bukan jua dengan di limpahkan segala harta kekayaan di dunia...


Tapi dengan bagaimana ?

Pastinya dengan memimpin seseorang itu menuju jalan ke Syurga bukanya jalan-jalan


KEMAKSIATAN..


 hurmm,,bile dibace , bace , bace dan teruuss dibace ... siapa yang paling mencintai kita?(ALLAH) ..siapakah yang kita sia-siakan selama ini?? (ha!!jawab lerr) aduduiii,,terrlampau leka dengan cinta duniawi sampai lupe siapa diri kita sebenarnya,.kan? na'uzubillah...
ALLAH , ALLAH , ALLAH ..oke,berbalik kepada topik utame..selalu kite dengar madah-madah pujangga..bunyi nyee cenggini (ehem2) ""wahai bakal pemilik tulang rusukku,wahai bakal imamku,wahai , wahai dan bla bla bla "" (ape laaa) tak payah nak tulang rusuk sangat lahh..memang lah tercipta wanita dari tulang rusuk lelaki..tapi ape hak kita nak tentukan/cari pemilik tulang rusuk kite,,sape???tak layak sikit pon!!(ha,,kan dah emo) .. sesungguhnya sufi,rezeki , jodoh , pertemuan kuase ALLAH s.w.t .. kite hanye layak wait and see..tak perlu susah2 nak pilih sendiri ..boleh! boleh kalau nak cari ,tapi dengan cara perbaiki akhlak kita,indahkan peribadi kite in shaallah indah lah perwatakan jodoh kite tuu,,jodoh yang baik2 akan datang dengan cara sejauh mana ketinggian peribadi kite,,okee??jodoh tu pasti ade,,dah tertulis dah ponn..cume lambat atau cepat je..

^_^ .. (hanim nie penah bercinte>KAPEL<?,penah jatuh cinta? ) hmmmm,,itulah satu2 kesilapan aku yang tak dapat aku nak maafkan..mungkin mase tu tak matang lagi (tak jugakkk) ..hasutan SYAITAN(erm), salah pilih kawan punye pasal laah.. tips:jangan salahkan orang lain atas setiap kesalahan yang kita lakukan..salahkan diri sendiri!!! sekarang,berdoa , berdoa , dan terus berdoa agar ALLAh sentiasa pelihara aku,keluarga serta kawan2 dan yang paling penting ALLAH sucikan hati nie supaya kejadian lame tidak berulang lagi,dan Allah memaafkan aku (mood sedih)...pesanan dari sahabat aku : tak payah nak bercinte sangat lahh..nak bercinte pun,,NIKAH terus!!..(betol jugak kann) ^_^

tips:kalau kite couple pon dapat pe?,,oke,,couple 2 3 taun pastu bertunang then alhamdulillah selamat diijabkabul..pernak tak kite fikir..couple tu haram kann..kite bawak haram tu kesana sini then nikah daripada  sesuatu yang ALLAh kate haram,,,rase2 berkat tak perkahwinan tu??wallahua'alam la..perkahwinan tu suatu yang baik suci tapi cerite kat sini , ia dimulakan oleh sesuatu yang haram..lebih baik kita mulakan dengan suatu yang suci , molek then teruskan je (nikah tanpe perlu bercintan cintun)..mesti cantek kan hubungan tu..fikirkanlahh..

bila di fikir-fikir kan balik..ALLAH ..cinta Allah dan RAsul adalah sebaik baik cinta,dan sebaik baik kekasih untuk kita..Allah sentiase rindu kat kite,rindu nak dengar kite menangis bersujud kepadanya..begitu jugalah dengan kita..""saat yang paling INDAH adalah ketika dahi bertemu sejadah"" allahurabbi...ya Allah indahnye sufi,bila kita HANYA melabuhkan cinta kite pada Allah,,Allah semate mate!! (try k?)tak payah fikir pasal cinta duniawi yang entah kemana hala tuju..entah berkat ke tidak hubungan tu,,cari cinta Allah..cari cinta ALLah..^_^

seandainya ALLAh membibitkan rase rindu kat dalam hati nie pade seseorang kann..bace je surah al-fatihah.in shaallah rindu itu penuh dengan berkat dari ALLAH.>ustaz Don Daniyal<

♥ ANDAI CINTA PASTI MAHU BERSAMA, BERSAMA KEMANA??

PASTINYA KESYURGA SANA ♥


#muslimdoktor.blogspot.com#

>copyright by hanim<

Friday, 11 January 2013

AKU PERINDU SYURGA ILAHI..

assalamualaikum semua.. ^_^
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang..
(allahumma solli 'ala muhammad)

15/1/2013>>selamat hari lahir hanim!! (huhuu~~)

Adakalanya aku hanyut, adakalanya aku terlupa, adakala aku leka.. ampunilah.. Keranaku manusia lemah dan tidak berdaya disisimu, seringkali terlupa nikmatmu datang tiada jemu.. 

Bila terhimpit mulalah mencari dan menyebut namaMu, barulah merasai makna sebenar erti syukur.. Syukur atas rahmatMu..

ya Allah,,sesungguhnya aku hambaMu yang hina,dulu aku bongkak atas nikmat2 yang aku peroleh..aku lupa,hidup aku di dunia ini,hanyalah untuk menagih kasih Ilahi,bukan untuk menagih kasih/cinta hambamu..
aku leka dengan permainan duniawi ini..selama ini aku lalai menjadi hambamu yang taat akan perintahMu..
ampunilah diri ini,,aku khilaf..



yes!!,,tanpa Allah,aku takde ape2 pon,,tanpa Allah,aku mungkin tidak ditiupkan roh yang indah,dan tidak dibiarkan hidup di dunia yang sempurna ini even semua nie adalah sementara..aku bersyukur dengan apa yang aku ada..semua nie dah cukup bagiku..aku bahagie..keluarga yang penyayang,sahabat2 yang sentiasa bimbing aku untuk jalan ke Syurga...semua nie dah buat aku rase bahagie sangat,.in sha allah,jika diizinkan oleh Nya,aku harap kami akan dipertemukan di suatu tempat yang paling indah di atas sane.. ^_^



alhamdulillah,,terima kasih,Ya Allah..
aku dipertemukan dengan seorang insan yang membuka lembaran baru hidupku..aku bangge dapat mengenalinya..walaupun terlalu singkat perkenalan nie,banyak yang aku belajar darinya,,semua nie,buat aku rasa tenang,dan rasa bahagie..^_^,,aku sudah berubah,dan keep istiqomah dengan perubahan ini,,aku semakin tenang dan tenang..aku berubah untuk menjadi seorang muslimah yang SOLEHAH bukanlah sebab insan tersebut,pastinya! setiap perbuatan adalah lillahi ta'ala..dan berkat darinya juga,,dia banyak menasihati aku,walaupun kami sekadar bersahabat,mungkin sebab kami satu sekolah di sekolah menengah agama pelangai(SMAP) dulu kot..that's why la agak kamcing sket..tapi bagi aku,persahabatan ini bukan atas dasar kami bersekolah di sekolah yang sama,tapi atas dasar saudara se islam,dan sahabat membimbing seorang sahabat jalan ke syurga,in sha allah...yes!atas dasar itu..bila aku diberi kesempatan untuk bercakap dengan die kat fon,cukup buat hati aku tenang..entah kenapa,aku pon tak taw..penah sampai satu tahap,aku menangis,,sebak..hati aku rase sebak jee bile dengar die nasihatkan aku..banyak input yang aku dapat bile bercakap dengan die nie...


sebagai manusia yang lemah,kita semestinya tidak lari dari melakukan kesalahan atau dalam erti kata lain DOSA..sama ada kite perasan ataupun tidak,,disengajakan ataupun tidak..

begitu jugalah dengan aku,,tapi alhamdulillah,selagi aku ditemani oleh insan ini,aku mesti kene tegur (secara soft spoken la)..even ia sangat menyakitkan hati..yela,bukan semua manusia suke dan mampu terima kritikan orang..tapi sebagai hamba Allah yang punyai pelbagai kekurangan  sebagai seorang sahabat,aku cuba menerima apa yang baik darinya,apa yang buruk aku cuba tapis..yang pasti apa yang baik dan setiap teguran die,adalah yang terbaik buat aku jugak,,kan?? dan dengan itulah,aku cuba berubah untuk diri aku sendiri..

Tuhan jadikan manusia berbagai-bagai peringkat ada hikmahnya.. Bahkan ada rahmatnya.. Ada yang kaya, miskin, pandai, bodoh, berpangkat, orang biasa.. Kalau setiap golongan itu faham dan boleh menerima hakikat, boleh bekerjasama...
~Alangkah indahnya dunia yang begini... ♥

alhamdulillah,Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hambanya,yang kadang2 kita tak pernah nak sedar pun..ye tak? hurmm,,oleh itu,bersyukurlah dengan apa yang kita ada...mungkin sekarang Allah,belum berikan apa yang kita mahu,tapi percayalah Allah maha mendengar setiap doamu..Allah PASTI kasi!!..mungkin pada masa tu korang sangat perlukan then,masa tu lah,pertolongan Allah sampai kepadamu.. ^_^
ingatlah,marah itu sangat mudah,dan SABAR itu terrsangatlahh indah..




""kerana dirimu begitu berharga""..terima kasih ALLAH..terima kasih telah mengutuskan dia untukku sebagai seorang sahabat..tolong jagakan sahabatku ini agar die sentiasa berada di bawah naungan arasy Mu,agar dia sentiasa melabuhkan cinta nya kepada Mu lebih dari cintanya kepada hambamu,bimbinglah dia untukku agar setiap apa yang dilakukan mendapat keberkatan darimu,agar dia sentiasa berada di pihak yang benar..sesungguhnya aku menyayangi nya kerana Mu,ya Allah..
aamin ya rabbal alamiin,,,


akhir kalam,,alhamdulillah..sehingga umurku mencapai 19 tahun,.
aku masih lagi boleh berjalan menggunakan kaki sedangkan diluar sane ada orang yang tidak berupaya menggunakan kedua belah kakinya..
aku masih lagi boleh menulis,menaip sedangkan diluar sane ade hamba Allah yang diberikan ujian untuk melakukan pekerjaan seperti menulis,melukis dan sebagainya menggunakan kaki,,, allahu rabbi..
aku masih lagi boleh mendengar,bercakap,bergelak ketawa..
dan aku terrsangatt la bersyukur kerana aku masih mampu untuk solat dengan sempurna(menggunakan kaki sendiri)...dan yang paling penting dari segale yang penting adalah,aku masih lagi bernyawa,diberikan nafas oleh Allah untuk menambah baiki amalan2 ku untuk bekalan akhirat sane,untuk bekalan ke rahmatullah,untuk bekalan aku bertemu dua malaikat ALLah,dan untuk memudahkan aku menjawab soalan2 bocor di alam kubur,bagaimana untuk menjawab soalan2 tesebut,adakah dengan tenang atau sebaliknya..^_^

#kita renungkan bersama kawan2,soalan2 yang kita dah tahu jawapan nye..tapi bukan mudah untuk memberikan jawapan even dah tahu sekalipun,ini kerana..amalan2 kite akan menjawab semua nya..
jika baik,cukup,sempurna amalan kita,maka ALLAh akan permudahkan kita kelak..
jika buruk,tidak cukup sempurna,ade cacat pada amalan2 kite,maka seksa la jawabnye,,
bagaimana nak dapatkan pertolongan dari Allah,Nabi Muhammad(syafaat Nabi) kalau kita sendiri taknak berusaha untuk perbaiki kekurangan kita..

sabda Nabi : "Allah tidak akan permudahkan sesuatu kaum,melainkan diri mereka sendiri"

kita hanyalah pelakon di dunia nie,Allah pengarah nya..jadi setiap pengarah pastilah nak pelakon yang terbaik untuk diberikan anugerah...kan??

kawan2 :::::::::  ambillah WAKTU untuk BERFIKIR,itu adalah sumber KEKUATAN..
                      ambillah WAKTU untuk BERDOA ,itu adalah sumber KETENANGAN..
                      ambillah Waktu untuk BELAJAR,itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN..
                      ambillah Waktu untuk BEREHAT,itu adalah sumber KESEGARAN..
                      ambillah Waktu untuk MENCINTAI dan DICINTAI,itu adalah HAK ISTIMEWA yang      
                      diberikan Allah..
                      ambillah Waktu untuk BERAMAL,itu adalah KUNCI menuju SYURGA...

^_^ khas buat perindu syurga Ilahi..

allahu akbar!!,,alhamdulillah untuk entry ini...
 mari lah sama2 kita mencari dan menggapai redha ilahi...
senang jerr,, jika kita permudahkan jalannya.. ^_^

wassalam warahmatullah...

syukran kerana sudi membaca,,,