dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang..
(allahumma solli 'ala muhammad)
15/1/2013>>selamat hari lahir hanim!! (huhuu~~)
Adakalanya aku hanyut, adakalanya aku terlupa, adakala aku leka.. ampunilah.. Keranaku manusia lemah dan tidak berdaya disisimu, seringkali terlupa nikmatmu datang tiada jemu..
Bila terhimpit mulalah mencari dan menyebut namaMu, barulah merasai makna sebenar erti syukur.. Syukur atas rahmatMu..
ya Allah,,sesungguhnya aku hambaMu yang hina,dulu aku bongkak atas nikmat2 yang aku peroleh..aku lupa,hidup aku di dunia ini,hanyalah untuk menagih kasih Ilahi,bukan untuk menagih kasih/cinta hambamu..
aku leka dengan permainan duniawi ini..selama ini aku lalai menjadi hambamu yang taat akan perintahMu..
ampunilah diri ini,,aku khilaf..
![]() |
aku dipertemukan dengan seorang insan yang membuka lembaran baru hidupku..aku bangge dapat mengenalinya..walaupun terlalu singkat perkenalan nie,banyak yang aku belajar darinya,,semua nie,buat aku rasa tenang,dan rasa bahagie..^_^,,aku sudah berubah,dan keep istiqomah dengan perubahan ini,,aku semakin tenang dan tenang..aku berubah untuk menjadi seorang muslimah yang SOLEHAH bukanlah sebab insan tersebut,pastinya! setiap perbuatan adalah lillahi ta'ala..dan berkat darinya juga,,dia banyak menasihati aku,walaupun kami sekadar bersahabat,mungkin sebab kami satu sekolah di sekolah menengah agama pelangai(SMAP) dulu kot..that's why la agak kamcing sket..tapi bagi aku,persahabatan ini bukan atas dasar kami bersekolah di sekolah yang sama,tapi atas dasar saudara se islam,dan sahabat membimbing seorang sahabat jalan ke syurga,in sha allah...yes!atas dasar itu..bila aku diberi kesempatan untuk bercakap dengan die kat fon,cukup buat hati aku tenang..entah kenapa,aku pon tak taw..penah sampai satu tahap,aku menangis,,sebak..hati aku rase sebak jee bile dengar die nasihatkan aku..banyak input yang aku dapat bile bercakap dengan die nie...
sebagai manusia yang lemah,kita semestinya tidak lari dari melakukan kesalahan atau dalam erti kata lain DOSA..sama ada kite perasan ataupun tidak,,disengajakan ataupun tidak..
begitu jugalah dengan aku,,tapi alhamdulillah,selagi aku ditemani oleh insan ini,aku mesti kene tegur (secara soft spoken la)..even ia sangat menyakitkan hati..yela,bukan semua manusia suke dan mampu terima kritikan orang..tapi sebagai hamba Allah yang punyai pelbagai kekurangan sebagai seorang sahabat,aku cuba menerima apa yang baik darinya,apa yang buruk aku cuba tapis..yang pasti apa yang baik dan setiap teguran die,adalah yang terbaik buat aku jugak,,kan?? dan dengan itulah,aku cuba berubah untuk diri aku sendiri..
Tuhan jadikan manusia berbagai-bagai peringkat ada hikmahnya.. Bahkan ada rahmatnya.. Ada yang kaya, miskin, pandai, bodoh, berpangkat, orang biasa.. Kalau setiap golongan itu faham dan boleh menerima hakikat, boleh bekerjasama...~Alangkah indahnya dunia yang begini... ♥
alhamdulillah,Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hambanya,yang kadang2 kita tak pernah nak sedar pun..ye tak? hurmm,,oleh itu,bersyukurlah dengan apa yang kita ada...mungkin sekarang Allah,belum berikan apa yang kita mahu,tapi percayalah Allah maha mendengar setiap doamu..Allah PASTI kasi!!..mungkin pada masa tu korang sangat perlukan then,masa tu lah,pertolongan Allah sampai kepadamu.. ^_^
ingatlah,marah itu sangat mudah,dan SABAR itu terrsangatlahh indah..
""kerana dirimu begitu berharga""..terima kasih ALLAH..terima kasih telah mengutuskan dia untukku sebagai seorang sahabat..tolong jagakan sahabatku ini agar die sentiasa berada di bawah naungan arasy Mu,agar dia sentiasa melabuhkan cinta nya kepada Mu lebih dari cintanya kepada hambamu,bimbinglah dia untukku agar setiap apa yang dilakukan mendapat keberkatan darimu,agar dia sentiasa berada di pihak yang benar..sesungguhnya aku menyayangi nya kerana Mu,ya Allah..
aamin ya rabbal alamiin,,,
akhir kalam,,alhamdulillah..sehingga umurku mencapai 19 tahun,.
aku masih lagi boleh berjalan menggunakan kaki sedangkan diluar sane ada orang yang tidak berupaya menggunakan kedua belah kakinya..
aku masih lagi boleh menulis,menaip sedangkan diluar sane ade hamba Allah yang diberikan ujian untuk melakukan pekerjaan seperti menulis,melukis dan sebagainya menggunakan kaki,,, allahu rabbi..
aku masih lagi boleh mendengar,bercakap,bergelak ketawa..
dan aku terrsangatt la bersyukur kerana aku masih mampu untuk solat dengan sempurna(menggunakan kaki sendiri)...dan yang paling penting dari segale yang penting adalah,aku masih lagi bernyawa,diberikan nafas oleh Allah untuk menambah baiki amalan2 ku untuk bekalan akhirat sane,untuk bekalan ke rahmatullah,untuk bekalan aku bertemu dua malaikat ALLah,dan untuk memudahkan aku menjawab soalan2 bocor di alam kubur,bagaimana untuk menjawab soalan2 tesebut,adakah dengan tenang atau sebaliknya..^_^
#kita renungkan bersama kawan2,soalan2 yang kita dah tahu jawapan nye..tapi bukan mudah untuk memberikan jawapan even dah tahu sekalipun,ini kerana..amalan2 kite akan menjawab semua nya..
jika baik,cukup,sempurna amalan kita,maka ALLAh akan permudahkan kita kelak..
jika buruk,tidak cukup sempurna,ade cacat pada amalan2 kite,maka seksa la jawabnye,,
bagaimana nak dapatkan pertolongan dari Allah,Nabi Muhammad(syafaat Nabi) kalau kita sendiri taknak berusaha untuk perbaiki kekurangan kita..
sabda Nabi : "Allah tidak akan permudahkan sesuatu kaum,melainkan diri mereka sendiri"
kita hanyalah pelakon di dunia nie,Allah pengarah nya..jadi setiap pengarah pastilah nak pelakon yang terbaik untuk diberikan anugerah...kan??
kawan2 ::::::::: ambillah WAKTU untuk BERFIKIR,itu adalah sumber KEKUATAN..
ambillah WAKTU untuk BERDOA ,itu adalah sumber KETENANGAN..
ambillah Waktu untuk BELAJAR,itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN..
ambillah Waktu untuk BEREHAT,itu adalah sumber KESEGARAN..
ambillah Waktu untuk MENCINTAI dan DICINTAI,itu adalah HAK ISTIMEWA yang
diberikan Allah..
ambillah Waktu untuk BERAMAL,itu adalah KUNCI menuju SYURGA...
^_^ khas buat perindu syurga Ilahi..
allahu akbar!!,,alhamdulillah untuk entry ini...
mari lah sama2 kita mencari dan menggapai redha ilahi...
senang jerr,, jika kita permudahkan jalannya.. ^_^
wassalam warahmatullah...
syukran kerana sudi membaca,,,
syukran kerana sudi membaca,,,






No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan bebelan anda disini ya !