MENCINTAI
Menyayangi atau mencintai itu umpama bermain piano. Pada mulanya kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. Kita terlalu asyik dibuai perasaan sehingga lupa kepada Pencipta Piano.
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila bercinta, ia bukan 'passport' untuk difahami, tetapi untuk memahami. Ia bukan 'passport' untuk kita mengambil itu dan ini, tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar, bukan supaya kita didengari. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur, bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira-kira atau mengukur, tetapi untuk kita mencintai.
Kita tidak boleh menyuruh orang lain mencintai kita dan kita juga tidak boleh paksa diri untuk mencintai orang lain. Cinta hadir tanpa paksaan. Tidak kira masa, tempat dan siapa. Yang menggerakkan perasaan cinta ini hanyalah Allah SWT.
DICINTAI
Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kita. Dari kalangan yang kita pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari kita walau di mana sahaja kita berada.
Bintang ini amat kasih kepada kita. Kita dicintainya tetapi kita tidak perasan. Kadang-kadang kita buat tidak tahu sahaja. Mungkin orang yang bersama kita ketika ini bukanlah orang yang benar-benar sayangi kita. Terdapat orang yang tidak dapat bersama kita ketika ini tetapi masih dan amat menyayangi kita sepenuh hatinya.
Atau kita sahaja tidak perasan keberadaannya. Ia amat dekat sekali dengan kita.
Apapun perasaan mencintai dan dicintai amat indah dan sangat seronok. Kalau mahu ia kekal lama dan diberkati oleh Allah, jangan sia-siakan perasaan itu. Pilihlah cinta yang pasti. Bukan cinta yang tidak pasti. Kelak diri yang merana kerana cinta yang tidak berbalas. Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak berbalas.
Tidakkah sia-sia?
CINTA YANG TIDAK PASTI - Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
CINTA YANG PASTI HANYALAH ALLAH - Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.”
Cubalah fikirkan.
Siapa yang paling mencintai kita?
Siapakah yang kita sia-siakan selama ini?
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, "Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."
ulasan>>
Seorang lelaki yang benar-benar mencintai,
Tak akan mahu walau sebesar kuman sekalipun bahaya akan menimpa kekasihnya.
Tak akan sanggup melukakan !!!
♥ Bukan hanya di dunia bahkan jua di Hari Akhirat sana ♥
Dengan cara yang bagaimana wahai kaum Adam sekalian ???
Bukan dengan hanya berpegangan tangan setiap masa...
Bukan jua dengan di limpahkan segala harta kekayaan di dunia...
Tapi dengan bagaimana ?
Pastinya dengan memimpin seseorang itu menuju jalan ke Syurga bukanya jalan-jalan
KEMAKSIATAN..
hurmm,,bile dibace , bace , bace dan teruuss dibace ... siapa yang paling mencintai kita?(ALLAH) ..siapakah yang kita sia-siakan selama ini?? (ha!!jawab lerr) aduduiii,,terrlampau leka dengan cinta duniawi sampai lupe siapa diri kita sebenarnya,.kan? na'uzubillah...
ALLAH , ALLAH , ALLAH ..oke,berbalik kepada topik utame..selalu kite dengar madah-madah pujangga..bunyi nyee cenggini (ehem2) ""wahai bakal pemilik tulang rusukku,wahai bakal imamku,wahai , wahai dan bla bla bla "" (ape laaa) tak payah nak tulang rusuk sangat lahh..memang lah tercipta wanita dari tulang rusuk lelaki..tapi ape hak kita nak tentukan/cari pemilik tulang rusuk kite,,sape???tak layak sikit pon!!(ha,,kan dah emo) .. sesungguhnya sufi,rezeki , jodoh , pertemuan kuase ALLAH s.w.t .. kite hanye layak wait and see..tak perlu susah2 nak pilih sendiri ..boleh! boleh kalau nak cari ,tapi dengan cara perbaiki akhlak kita,indahkan peribadi kite in shaallah indah lah perwatakan jodoh kite tuu,,jodoh yang baik2 akan datang dengan cara sejauh mana ketinggian peribadi kite,,okee??jodoh tu pasti ade,,dah tertulis dah ponn..cume lambat atau cepat je..
^_^ .. (hanim nie penah bercinte>KAPEL<?,penah jatuh cinta? ) hmmmm,,itulah satu2 kesilapan aku yang tak dapat aku nak maafkan..mungkin mase tu tak matang lagi (tak jugakkk) ..hasutan SYAITAN(erm), salah pilih kawan punye pasal laah.. tips:jangan salahkan orang lain atas setiap kesalahan yang kita lakukan..salahkan diri sendiri!!! sekarang,berdoa , berdoa , dan terus berdoa agar ALLAh sentiasa pelihara aku,keluarga serta kawan2 dan yang paling penting ALLAH sucikan hati nie supaya kejadian lame tidak berulang lagi,dan Allah memaafkan aku (mood sedih)...pesanan dari sahabat aku : tak payah nak bercinte sangat lahh..nak bercinte pun,,NIKAH terus!!..(betol jugak kann) ^_^
tips:kalau kite couple pon dapat pe?,,oke,,couple 2 3 taun pastu bertunang then alhamdulillah selamat diijabkabul..pernak tak kite fikir..couple tu haram kann..kite bawak haram tu kesana sini then nikah daripada sesuatu yang ALLAh kate haram,,,rase2 berkat tak perkahwinan tu??wallahua'alam la..perkahwinan tu suatu yang baik suci tapi cerite kat sini , ia dimulakan oleh sesuatu yang haram..lebih baik kita mulakan dengan suatu yang suci , molek then teruskan je (nikah tanpe perlu bercintan cintun)..mesti cantek kan hubungan tu..fikirkanlahh..
bila di fikir-fikir kan balik..ALLAH ..cinta Allah dan RAsul adalah sebaik baik cinta,dan sebaik baik kekasih untuk kita..Allah sentiase rindu kat kite,rindu nak dengar kite menangis bersujud kepadanya..begitu jugalah dengan kita..""saat yang paling INDAH adalah ketika dahi bertemu sejadah"" allahurabbi...ya Allah indahnye sufi,bila kita HANYA melabuhkan cinta kite pada Allah,,Allah semate mate!! (try k?)tak payah fikir pasal cinta duniawi yang entah kemana hala tuju..entah berkat ke tidak hubungan tu,,cari cinta Allah..cari cinta ALLah..^_^
seandainya ALLAh membibitkan rase rindu kat dalam hati nie pade seseorang kann..bace je surah al-fatihah.in shaallah rindu itu penuh dengan berkat dari ALLAH.>ustaz Don Daniyal<
♥ ANDAI CINTA PASTI MAHU BERSAMA, BERSAMA KEMANA??
PASTINYA KESYURGA SANA ♥
#muslimdoktor.blogspot.com#
>copyright by hanim<




No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan bebelan anda disini ya !